Orang ramai yang tercari-cari peluang pelaburan emas yang patuh syariah, dipelawa menyertai skim pelaburan emas yang diperkenalkan oleh syarikat Quantum Metal Sdn Bhd.
Sebagai permulaan, sila tonton video rakaman siaran yang disiarkan oleh TV Al-Hijrah ini.
Ini boleh memberikan keyakinan dan semangat untuk anda lebih yakin untuk membuat pelaburan emas dengan Quantum Metal Sdn Bhd.
Skim yang menawarkan produk hebat dan sedang meletup dipasaran ini semakin diminati oleh orang ramai kerana ia tidak melanggar peraturan dan undang-undang negara seperti kebanyakan program SCAM yang telah dimanipulasi oleh beberapa individu untuk mengaut keuntungan peribadi masing-masing.
Mereka buat pelan pelaburan emas jangka pendek (30-45 hari) yang menawarkan imbuhan lumayan berupa Return On Investment (ROI) harian dan bulanan yang cukup luar biasa untuk menarik perhatian orang ramai melabur.
Maka, ramai yang ingin dapat untung cepat dalam masa yang singkat telah terjebak dengan SCAM emas ini. Pulangan yang diharapkan dengan melabur, akhirnya lebur begitu sahaja. Mula-mula mereka kaut untung, lama kelamaan mereka mula sedari telah ditipu apabila imbuhan yang dijanjikan (PO) tidak kunjung tiba.
Akhirnya laman web program SCAM itu sendiri hilang dari radar. Ramai yang menjadi mangsa akibat terjebak dengan pelaburan haram ini. Maka itulah muncul skim pelaburan emas MyGoldi oleh Quantum Metal Sdn Bhd.
PROFIL SYARIKAT
Quantum Metal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia khasnya dan negara-negara ASEAN amnya. Mula beroperasi pada tahun 2012 dan ibu pejabat syarikat terletak di E-Gate, Pulau Pinang.
Quantum Metal ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia yang mempunyai pengaruh global dan merintis pertumbuhan kekayaan.
Founder dan Pengerusi Eksekutif Quantum Metal ialah Dato' Lim Khong Soon yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri emas.
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat ialah Tuan Haji Kamari Zaman. Beliau juga Pengerusi Bank Persatuan (Co-opbank Persatuan) dan Pengarah Bebas Dan Bukan Eksekutif, Permodalan BSN Berhad. (Rujuk sini)
Modal berbayar syarikat ini ialah RM 10,000,00.00 dan merupakan peserta Di Dagangan Bursa Malaysia Islamic Servises (BMIS).
Perniagaan teras syarikat ialah menyediakan produk emas premium 99.9% ke pasaran termasuk badan kerajaan, bank, institusi kewangan, pemborong dan peniaga emas individu.
BANK TEMPATAN
Antara bank tempatan yang berkerjasama dengan Quantum Metal ialah Bank Muamalat, Al-Rajhi Bank, Affin Bank dan Alliance Bank.
Aggrement PDF antara Bank Mualamat dengan Client dan Supplier Emas adalah Quantum Metal.
AR-RAHNU DAN KOPERASI
Quantum Metal juga adalah pembekal sistem emas kepada Ar-Rahnu Tekun.
ACO Gold didaftarkan pada 8 Februari 2018 untuk meningkatkan perdagangan dan transaksi antara koperasi di negara-negara ASEAN melalui perdagangan emas.
MyAngkasa Holdings, dimiliki 100% oleh Angkasa merupakan organisasi APEX untuk 10 ribu koperasi. (ACO Gold). Klik kerjasama Quantum Metal bersama Koperasi Angkasa dan ACO)
PATUH SYARIAH
Syarikat turut mendapat Pengiktirafan patuh syariah dari ISRA’ (International ShariĘ˝ah Research Academy for Islamic Finance) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
(Sijil patuh syariah ISRA). Quantum Metal juga tersenarai di World Gold Council, klik http://shariahgold.com/products
Quantum Metal juga telah dilantik sebagai pengedar sah kepada Perth Mint Gold iaitu sebuah syarikat emas yang terbaik di dunia.(Quantun Metal Distributor Perth Mint Gold) dan juga ABC Bullion. (Quantum Metal Distributor ABC Bullion) / video.
Selain daripada itu Quantum Metal juga dilantik sebagai pengedar Panda Gold, kerjasama dengan ICBC Bank Malaysia. (Video majlis menandatangani perjanjian kerjasama ICBC dan Quantum Metal)
Klik di sini Video majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara ICBC Bank dan Quantum Metal Sdn Bhd
SIMPANAN DAN INSURAN
Anda tidak perlu risau melabur emas dengan skim MyGoldi Quantum Metal kerana emas anda diinsurankan oleh Llyod's Of London, 100% terjamin.
Emas pula disimpan di tempat penyimpanan emas pihak ketiga yang selamat dan terjamin iaitu Brinks Singapura.

PRODUK YANG DITAWARKAN
Quantum Metal Sdn Bhd menawarkan sistem didalam talian 24/7 dan lestari yang akan menguntungkan setiap pengguna akaun simpanan emas. Dengan sistem yang selamat, mudah dan mesra pengguna kini semua orang dapat bergabung di pasar emas dan berkongsi kegembiraan bersama. Tiga produk terbaik yang ditawarkan ialah :-
1. Gold Storage Account (GSA)
Ini adalah Akaun Simpanan Emas dan anda boleh mula menyimpan serendah RM10, Urusan jual beli emas boleh dibuat pada bila-bila masa.
2. Gold Advance Account (GAA)
Ini ialah akaun pendahuluan emas atau pajak gadai. Anda simpan wang ke dalam akaun ini dan boleh keluarkan 80% untuk kegunaan. Keuntungan dikira atas jumlah 100% wang yang anda simpan.
3. Gold Leverage Asset (GLA)
Laverage Asset Emas yang juga dikira sebagai Fixed Deposit anda. GLA adalah produk terbaik yang tiada di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq.
Sementara itu, keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram. Maknanya jika 1 gram naik RM10, maka anda akan dapat untung RM10 X 10 iaitu RM100. Anda boleh tebus, jual beli bila-bila masa tanpa ada tempoh kontrak.
Harga emas dikira setiap hari kecuali hari cuti Sabtu dan Ahad. Anda boleh tebus dan ambil untung, kemudian buka akaun semula untuk dapatkan untung seterusnya.
Upah dikira selama setahun jika anda tidak tutup akaun, tapi jika anda tutup akaun awal maka upah harian dikira sehingga hari anda tutup akaun MyGold-i anda.
Harga 1 unit bergantung kepada pasaran semasa emas dunia. Setiap hari makluman tentang harga akan dimaklumkan. Maklumat lanjut tentang harga satu unit boleh hubungi agen berdaftar.
Tiada pihak lain yang menawarkan skim sebegini, beli 1 unit dapat nilai emas 10 kali ganda daripada modal belian yang dikeluarkan. Ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan melalui produk GLA ini.
Anda boleh tambah atau beli unit baru pada bila-masa tanpa halangan. Bayangkan, jika anda ada wang RM10,000 menerusi MyGold-i anda dapat akaun bernilai RM100,000. Kenaikan keuntungan dikira atas RM100,000 itu tadi. Ini peluang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Bayangkan juga, anda ada simpanan wang di bank RM10,000, maka nilai duit anda tetap RM10,000 dalam akaun bank. Tapi dengan MyGold-i jumlah wang anda bertambah 10 kali ganda (RM100,000). Maka, bertindak bijak sekarang. Tukar wang anda kepada nilai emas.
- Sistem Transaksi Harian 24/7
Pengeluaran ke dalam akaun anda atau emas fizikal dan tiada had pengeluaran.
- 100% Di Dukung Oleh Emas Fizikal 99.9%
Boleh buat belian dengan kadar serendah RM20 sahaja. Ketulenan emas mendapat pengesahan antarabangsa daripada London Bullion Market Association (LBMA).
- Di Jamin Harga Emas Rendah
Harga terbaik dipasaran dan dikemaskini setiap hari.
- Kemudahan Kredit Pusingan
Kadar faedah rendah sehingga 80% dari nilai emas anda.
- Pengeluaran Emas Fizikal
Pusat pengeluaran cepat dan mudah serta disokong oleh International Bullion House.
- Pengeluaran Dalam Mata Wang Anda
Mata wang asing diterima, pemindahan wang ke seluruh dunia (antarabangsa)
- Di Sokong Oleh Bank Tempatan
Bank tempatan sebagai ejen. Konsep patuh syariah. dipantau Bank Negara Malaysia.
- Sistem Mesra Pengguna
Urusan mudah dan pantas guna telefon pintar. Perdagangan dalam talian yang selamat.
- Brinks Sebagai Vault Emas Billion Rasmi
Emas disimpan di Brinks Singapura 100% dijamin dan diinsuranskan oleh Llyod's Of London.
Tiada pengambilan wang oleh pihak ketiga (3rd Party) semua urusan pembayaran wang dibuat sendiri oleh pelabur. Lebih selamat dan terjamin.